Tombiruo: Penunggu Rimba – Review

Adaptasi dari karya novelis thriller No 1 Malaysia Ramlee Awang Murshid ini mempunyai nilai seninya yang tersendiri, jalan cerita yang di susun kemas, lontaran dialog yang gah, serta sinematografi yang baik , pujian harus diberi pada Seth Larney atas kekemasan kesan khas yang digunakan.

Hasil tulisan dan olahan daripada Yasmin Yaacob dan Chi-Reng Choong wajib mendapat pujian, kerana berjaya mengolah skrip yang begitu utuh dan mampu memberi kesan yang mendalam kepada penonton.

Meskipun ‘tracking shot’ dan ‘slow-mo’ acapkali digunapakai dalam filem ini ianya tidak mencacatkan Tombiruo malah ianya berjaya menambahkan lagi impak sesebuah babak, lebih-lebih lagi babak aksi.

Sejujurnya saya tak sangka yang Zul Ariffin adalah Tombiruo, lagak ngeri dan babak aksi yang ditonjolkan sangat meyakinkan dan menunjukkan Zul bukan pelakon yang calang-calang. Walaupun ada pelakon veteran yang sedikit babaknya tetapi ia berjaya meninggalkan kesan kepada saya sebagai penonton, watak yang dipegang oleh Faizal Hussein dan Datuk M.Nasir mempunyai simbolik yang tersendiri.

Secara keseluruhan ianya sebuah karya yang cemerlang. Oh dan ianya mempunyai ‘kredit scene ‘ jadi jangan keluar panggung dulu.

Personal rating : 8.0/10

-Nazher-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *